Untuk makluman warga alkis sekalian..
Berkenaan dengan pendedahan oleh edisi siasat tentang produk roti H5 yang isunya begitu panas baru2 ini kerana kilangnya di nilai begitu kotor dan selepas itu ada khabar angin mengatakan bahawa mereka menggunakan minyak babi..
Saya baru menghubungi sahabat di JAKIM, mengesahkan bahawa keputusan kimia ttg minyak yang digunakan adalah bebas dari produk babi.. Semasa pemeriksaan dijalankan oleh pihak JAKIM dan KPDN kilang tersebut semmgnya kotor, walaubagaimanapun telah dibersihkan. Main factory mereka adalah di Klang Selangor (baru dibuka) dan factory yang kat Nilai tu akan ditutup tidak berapa lama lagi (berperingkat2) .
Pihak JAKIM telah mengambil tindakan menggantung SIJIL HALAL mereka dan pemantauan menyeluruh akan dibuat dan besar kemungkinan kilang tersebut akan mendapat kembali status halal mereka.
Demikianlah serba sedikit info mudah2an ada manfaatnya.
p/s: utk org Utara, sempena syawal yang akan menjelang tiba saya menyeru supaya boikot produk laksa, bihun dll dari Syarikat Bihun Bersatu yang menggunakan brand EKA dan beberapa brand lain. Walaupun telah mendapat sijil halal dari Majlis Agama Islam Kedah, saya khawatir produk yang sama juga dikeluarkan oleh kilang mereka di Tasek Gelugor, Penang (sebelah kandang babi). untuk makluman lanjut boleh hubungi saya.
p/s: dari kolejislam.