Pagi tadi lebih kurang pukul 7.30-7.45am, ada pihak telah mengedarkan komik yg mengandungi dakyah kristian di kawasan flat kediaman saya di Ampang. komik itu berjudul: "KISAH PALING MENARIK YANG PERNAH DICERITAKAN" . Komik tersebut diletakkan di dlm kotak2 surat. Kandungan komik itu sgt jelas merupakan dakyah pihak kristian yang disasarkan kepada golongan kanak2 dan remaja. Antaranya: 1) Mengajak kita membaca alkitab ( bible ). 2) Mengandungi kisah2 penciptaan Adam dan Hawa serta Jesus yang dipetik daripada bible. 3) Menyeru pembaca agar mengaku bahawa Jesus adalah tuhan supaya dapat menjadi anak2 Allah agar dapat menerima roh kudus. 4) Menyeru pembaca supaya menyebarkan hal ini kepada orang lain. Oleh yang demikian saya berharap sahabat2 sentiasa berwaspada. Mungkin komik ini juga sudah diedarkan di tempat2 lain juga. Saya sangat bimbang sekiranya anak2 kita membaca komik ini tanpa dibimbing oleh ibu bapa yang faham tentang Islam. Kisah2 yang terkandung dlm komik itu hampr2 sama dgn kisah2 dlm al-Quran tetapi byk yg menyelewengkan aqidah. Komik ini ditulis dalam bahasa melayu Indonesia dan boleh difahami oleh semua orang. Ia juga diedar di kawasan majoriti Melayu (rasanya takde non-muslim kat flat saya tu-flat DBKL). Suami saya telah membuat aduan kepada pihak JAWI tetapi beliau dimaklumkan bahawa ini bukan bidang kuasa mereka kerana mereka tidak berkuasa ke atas orang bukan Islam (sebab yg mengedarkan komik ni org bukan Islam). Saya tak pasti sama ada betul atau tidak JAWI takde kuasa dlm hal ni. Setahu saya dlm artikel 11 (4) mengatakan: "undang2 negeri dan berkenaan dgn Wilayah2 Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya, indang2 persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan org yg menganuti agama Islam". Oleh itu saya ingin mendapatkan nasihat daripada pakar2 undang2 dlm hal ini. Apakah tindakan yang boleh diambil dlm hal ini? saya harap sahabat2 dpt melakukan sesuatu di kawasan kejiranan masing2 agar tidak ada yg menjadi mangsa dakyah sesat ini.
Safinar Salleh
*amik dari mailing list kolejislam..moga ada manfaat..